Pages

Saturday, May 28, 2011

Jangan salahkan sesiapa tetapi aku puncanya

Memang benar kata orang cinta itu buta
Walau dengan insan yang dikurniakan mata yang celik
Ku harap hanya Mu ya Allah
Mengetahui segala sesuatu yang berlaku
Hanya Mu ya Allah yang tahu apa isi hatiku
Siapakah yang terbaik untuk hambamu yang serba kekurangan
Tidak lagi kuinginkan kesilpaan yang lampau berulang kembali
Ya,memang semua salahku yang telah membuatkan ia berlaku 
Tetapi aku hanyalah insan yang lemah
Yang takut akan berlakunya perpisahan 
Yang sebenarnya tidak sepatutnya aku merasa sedemikian rupa 
Bukan tamak atau haloba cuma 
Telah menjadi sebati dalam diriku bahawa aku amat sukar membuat pilihan 
Walaupun kadang kala aku yakin dengan pilihaku 
Tetapi aku tidak yakin pilihan ku itu terbaik untukku  
Bukannya aku takut dia tidak dapat meberikan kesenangan atau kemewahan 
Tetapi yang aku inginkan hanayalah seukir senyuman & sekalung penghargaan
Yang dapat membahagiakan dunia & akhirat serta  menghargai kewujudan ku di atas muka bumi ini
Kerana aku takut akan diselebungi kisah lampau yang menyakitkan olehnya lagi
Tetapi aku hanyalah insan biasa yang terkadang mudah terpengaruh 
Dengan kata-kata para sahabat & juga yang rapat
Ada yang mengatakan dia lebih baik untukku 
Ada yang mengatakan beliau lebih baik untukku
Ya Allah,walaupun aku sangat mengenali kedua-duanya 
Tetapi tidak mustahil kejadian yang aku inginkan berulang kembali
Sampailah pada suatu hari
Datanglah seorang sahabat lalu mensihatkan ku 
Agar melakukan solat istikharah & hanya aku yang dapat membuat pilihan
Beliau berkata keputusan & pilihan di tangan aku
Selain jodoh yang sememangnya telah termaktub di Luh Mahfuz
Tetapi untuk insan seusiaku
Amatlah tidak sesuai memikirkan soal ini
Tetapi sudah berkurun perkara tersebut berlengu di benakku  
Aku berdoa agar Allah mempermudahkan segala-galanya
Pernah juga ku terpikir tidak mahu memikirkan hal tersebut 
Lalu mengikuti arus yang dibawa seperti sungai 
Tetapi sesekali ia datang dalam benakku
Sangat menganggu jiwaku 
Yang penting aku masih muda & mentah untuk memikirkan perkara tersebut
Aku perlu belajar banyak lagi tentang kehidupan 
Yang mungkin akan membuatku lebih matang dalam setiap hal 
Yang tidak haya memikirkan keseronokan di dunia yang fana sahaja
Ya Allah dengan ini aku menyerahkan soal tersebut kepadamu 
Tetapkanlah hatiku & tambahkanlah imanku 
Amin...........

Luahan hati seorang sahabat kepada sahabat yang membaca & menulis



No comments:

Post a Comment