Pages

Thursday, December 1, 2011

tak semudah itu

Anda di sana, 
menggigil badan ini bila dapat panggilan 
laju degupan jantung ini bila memikirkan 
susahnya nak melupakan
tapi tiada lagi air mata untuk ditangiskan
susah juga menerima ketentuan

Anda di sana, 
terseksa jiwa ini bila ditutupi dengan gelak ketawa 
ramai sahabat berkata anda di sini tidak merasa apa-apa
terdetik di hati yang merasa
buat apa ditunjukkan pada bukan yang sepatutnya
biar diri sendiri yang tahu akan kehadiran si derita

Anda di sana,
tidak pernah mengenal erti benci oleh anda di sini
lalu sahabat berkata lagi
apa lah yang anda di sini pandang pada orang yang tiada hati
berapa kali anda di sana dah buat anda di sini begini
lalu anda di sini memikirkan sampai infiniti
namun akal bole berubah akan persepsi
tapi tidak pula dengan hati
yang tetap begini

Anda di sana, 
tercari-cari yang serupa
tanpa memandang rupa 
hanya kelakuan yang diliginkan yang sama
apabila sudah terjumpa
hati ini tetap mahukan yang disana


Anda di sana,
banyak ingin diceritakan 
tapi lidah kelu untuk mengatakan
segala-galanya tetap ketentuan tuhan 
tangan ringan untuk menghantar khidmat pesanan
tapi hati yang tidak kesampaian
memenuhi hajat yang diingikan

Anda di sana,
walaupun sebuah replika sebagai penggantinya
anda di sini sanggup menerima 
asalkan selalu bersama dan serupa

:)











Tuesday, August 16, 2011

Air tangan seorang gadis bergelar ANAK!

hari ni sape taw hari hape?haha
ok,tuh tade kena mengena dgn tajuk entry aku.Act,nak share sket dgn korang pe yang aku dah wat seharian ni.
Celik mata jep aku telah diarahkan oleh my mak tok mandi sebab kena ikot poie kedai.Sejak cuti sem tuh lah tanggungjawab yg aku kena pikul,Nak wat macam mana anak mithali an.Then,ondaway menuju ke destinasi,aku tetiba terdapat idea nak wat sumthing,so dah de kat kedai tuh aku carik lah bahan-bahan yang diperlukan sambil ignore my mak aku.HAHA.Tadelah,aku tinggal kan my mak jep,ne bole tinggal gtuh,bukan sng nak pat lesen bwk troli,ta kan aku nak sia-siakan cam tuh jep kan.Aku sebenarnya nak buat benda lain taw tapi disebabkan aku lupa bahan-bahan yang diperlukan oleh benda terbabit aku pepandailah wat resepi sendiri.HAHA.Lagipun aku search resepi tuh semalam punya semalam.Ingat-ingat lupa lol =.=" Nak resepi tak?meyh aku nak share

CHOCOLATE TART  


For crust  


170g butter
1 biji telur gred c (kalau gred A&B buang sket putih sbb takot terlalu keras)
30g gula aising
1 sudu teh esen vanila
300g tepung gandum

  1. Pukul butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu or spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi 
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.Dalam jangka masa 15minit-20minit

For filling 


250g cooking chocolate
Badam hancur (hiasan)


  1. Cairkan cooking chocolate tersebut .  
  2. Apabila crust & filling suda sejuk,filling bolehlah dimasukkan ke dalam crust tersebut.

Sebenar0benarnya aku nak buat Blueberry Cheese Tart tapi kan aku terlupa macam mana nak buat filling dia,so aku amek keputusan tok gantikan dengan chocolate.Sedap jugak loe *ok puji diri sendiri 

Jap-jap , aku takot lak korang tak caya aku dah try an resepi uh,Bia aku bagi korang tengok bahan bukti . Jika didapati berbohong,akan disabit kesalahan makan lah tart tuh sampai habis.HAHA.  


hasil tangan anak mak

orang kata lau nak mek aty bakal suami,bermula dr tekak ke  perut .HAHA.
Tapi ni baru 1st time aku buat,acuan tuh pon baru jek tadi beli.Merata gaklah aku carik.HAHA.so law de kekurangan aku mintak maaf.Mybe aku akan try tok improve kan next time.Btw, "SELAMAT MENTRY" :)




Tuesday, July 5, 2011

Mereka yang dulu lebih menepati janji

Err.."mereka" based on tajuk entry kali ni bukan dituju khas kepada ex ex ex tappuerware ok!haha..padahal aku jek yg pk cam uh.Ntah..ntah orang len tak pk pon malah tak bace pon mende alah ni.Tapi ilham untuk post entry ni tercetus tatkala aku tengok cerita "masam masam manis" omputeh kata "sour sour sweet" lah katakan..haha..

Tak terpikir ke?macam mana orang dolu kala membuat temujanji kata orang iban "dating" lah kan.Yela,cuba tengok sekarang,macam-macam teknologi ada,belum habis explore mende alah uh dah terciptanya mende alah len.

Macam mana ea orang dolu nak cancel event pape?fon tak de hape tade...jom ikuti kisah selanjutnya........



ORANG DAHULU


Standard orang dolu,sal dating kat taman bunga lah kan.Then,nak jumpa next time,just set time & venue kat mana jek time tuh gak.Usually,before balek lah dorang akan wat cam tuh
*gaya cam aku penah lalui jek kan zaman tuh...adehh..






ORANG SEKARANG


Hah,zaman sekarang senang,tak payah jumpa pun takpe kalau nak set pertemuan yang akan datang.Yelah teknologi melambak,handphone ada.Tak cukup dengan tu social networking ada.Uh!macam - macam lah sekarang ni.Senang bukan?



PADA HARI YANG DIJANJIKAN [ORANG DAHULU] 



Disebabkan takde teknologilah orang dulu tahu menghargai masa yang ada.Sebab???
  • Alat nak berkomunikasi tak ada,so nak cancel ke nak ubah time memang susah lah kan.Tuh pasal yang mana tetiba ada meeting ke hape bijak membuat helah semata-mata janji yang telah dilafazkan.Cccceewaaahh!
  • Datang mesti on time sebab takut si buah hati tunggu.Yelah,takde alat nak berkomunikasi nak bagitahu datang lambat ke tak jadik datang ke.Nak tak nak,kenalah pergi cam pe yang dah set.



PADA HARI YANG DIJANJIKAN [ORANG SEKARANG]


Hamboy orang sekarang,konon dah de teknologi.Nak kena ingatkan dulu baru teringat dah janji nak jumpa awek ke balak ke.Adakah terlalu banyak teknologi ini sehingga membuatkan mereka mudah dijangkiti penyakit alzheimer ka?..haha..aku tak mek law mahupun forensik ataupun kulinari,so aku tak tahulah jawapan dia kan..yang aku tahu,dengan adanya teknologi ni membuatkan orang lain pandang ringan atau dengan kata lain ambil mudah jek mende alah ni.Senang jep nak pospone,nak tukar time lah tempat lah macam t*m*l.


In contrast,aku rasa tak kesah lah orang dolu ke sekarang ke akan datang ke.Sume depends on koranglah macam mana,Tak sume manusia sama ok!Don't judge a book by its cover.Tapi yang paling penting tanamkan sifat mahmudah & hindari sifat mazmumah.Sape tak tahu sila bukak kamus dwibahasa pg 78 baris ke 3. Btw,hargailah apa yang ada depan mata korang sekarang sebelum dia hilang dari pandangan di kemudian hari.Penatlah bebel panjang.Nak tata lah dolu...daaa ~ ~ ~


simpulan kasih hari ini : Lembu berpegang pada talinya,manusia pegang pada janjinya...tapi kan binatang len selain lembu tuh berpegang pada hape pulok an?pandai betulah orang dolu cipta statement tu kan. ^^"

Thursday, June 30, 2011

Menyayangi atau disayangi ?

Jika diberi pilihan,yang mana satukah akan anda pilih,disayangi atau menyayangi? aku rasa & pasti mesti korang akan pilih disayangikan.Tapi jangan fikir bila dah ada orang sayang hidup selamanya indah.Pernah tak terfikir kalau orang yang korang sayang sekarang akan jadi orang yang paling korang benci.Orang yang koramg benci sekarang,akan jadi orang yang paling korang sayang.


DISAYANGI



Bila orang lain dok sayang kita bagai nak gila tapi kita tak rasa macam tu,Hah,lagu tu lah akan jadik.Fed up,rasa nak sepak-sepak jep orang yang tak paham bahasa ni.Kalau orang dah tak maw dah lah,Janganlah wat orang yang hang pa suma suka tu benci kat hang pa pulak dengan tindakan extreme hang pa suma.



MENYAYANGI


Tade hal punyalah kalau kita jep dok sayang orang,at least kita boleh control.Kita pun mesti taw camne diri memasingkan.Kalau orang dah tak suka,blah jep.Dah try cam nak nazak pun tak jalan.Selamat jalan jek lah kat orang tu ok.Ramai lagi manusia yang kat atas bumi ni yang mugkin suka kat kita,Eceh,perasan lebih! 



SALING MENYAYANGI 



Hah,ni barulah BEST kan.Tade yang bertepuk sebelah tangan.Tade yang meroyang...hehe..pendek kata..bahagialah hidup camni.Tapi walau macam mana pun,jodoh tetap kuasa Allah,so kita sebagai hamba hanya mampu berdoa.









SELAMAT MENCUBA!



Thursday, June 23, 2011

My LATEly telephony :p

mobile phonecell phone or hand phone is an electronic device used to make mobile telephone calls across a wide geographic area, served by many public cells, allowing the user to be mobile. By contrast, a cordless telephone is used only within the range of a single, private base station, for example within a home or an office. 
Kan tetiba aku dah berwiki lah kan.Actually tetiba nak buat satu arkib about my telephony.My boifie gak lah sebenarnya. 

First phone  

 

Phone ni gler cool sebab jatuh banyak kali still maintain macho.Siap screen separuh boleh berfungsi lagi,boleh text and call jugak.Aku sure phone ni mesti hangat di pasaran semasa seusia muda ku tapi at last dia pergi meninggalkan aku jua.Phone ni dah ke mana pergi pon tak dapat dikenal pasti. 


Second phone 

Image cannot be display 

Reason : Aku lupa pe nama phone tersebut yg aku ingat hanyalah samsung ***** tapi phone tuh sekejap jek berjasa dengan aku lagi pon.Nak snap picture pon dia dah menginvisiblekan dirinya entah ke mana.
 

Third phone 

 

Phone ni paling aku sayang sampai aku pergi mekah beserta madina juga dia ikut taw.Tengoklah betapa sayangnya aku dengan dia.Tak berbelah bagi taw.Tade sape boleh halang rasa sayang aku dengan dia.Even dia sangat sensitif & dia dah jadik my late nokia 6260 stil aku simpan dia leklok.Memang phone yang smarties (nyum2 cokelat feveret zaman kanak-kanak ribena).


Fourth phone  
Ni lah satu-satunya phone yang my mak belikan yang lain-lain my ayah belikan.Apa-apa pun sayang mak.Phone ni terlalu banyak kenangan.Dah lah sama dengan my ex boifie.Bukan kitorang beli sesama ok tapi kebetulan sama.Phone ni cepat sangat lah dijangkiti virus demam panas.Bergayot sket pon tak boleh.Telinga aku panas,dia pon sebuk-sebuk nak panas jugaklah.Then,phone ni aku pass kat my sis.Memandangkan time tu aku bakal dapat phone baru & kebetulan second phone beliau time tu pon inalillah.Ahh,tapi aku sangat sedih sebab  my sis tak pandai jaga,dah jadik my late phone sekarang tapi masih tetap aku simpan sebagai kenangan terindah.Haha,geli gler!


Fifth phone 

 

Jeng..jeng..aku tak suka kau!benci gler!sebab kau dah gler.Salah aku gak sebab tak pandai jaga kau.Now,kau pon bengong-bengong tapi aku still simpan phone ni.Juz tak pakai jep even dia masih boleh dipakai walaupon agak giler.Jangan tanya aku kenapa boleh dia gler sebab nanti aku akan nangis sampai banjir.Actually,aku tak berapa minat phone touch screen sebab seperti di alam maya sahaja (ayat pasrah). 


Sixth phone

 
Aku tak ingatlah antara dua phone ni mana satu yang aku pakai dolu tapi tape aku pakai kedu-duanya serentak sebab bermula dari episod aku pakai dua nuber,so aku memerlukan dua phone.Walaupon phone tersebut agak tak berapa up to date.Tak macam korang yang tengah baca ni kan.Aku tahu korang              kaya-kaya.Tapi aku tak kesah pon.Sejak pelbagai musibah aku dari phone sebelum-sebelum ni,aku bertekad dah tak kesah sal phone.Asalkan boleh texting & make call oklah kan.Btw,phone ni still bernyawa & elok untok digunakan lagi,Aku suka sangat mereka berdua.Lama gak berkhidmat dengan aku.Aku biarkan jep mereka berdua begitu,bila tiba masanya mungkin aku akan gunalah.


Last phone

 

Hah,aku suka phone yang kanan tuh.Keypad dia sangat best.Menepati citarasa aku yang sangatlah suka bertexting ni kan.Phone kiri tuh ayah aku yang belikan.Sebelah kanan tu aku rembat jep,Aku tengok kesian dia terbengkalai tanpa belaian kat rumah aku,so aku ambil lah dia sebagai phone angkat aku..HAHA..
Bisik-bisik dlm hati:kenapa aku lebih banyak memuji & bercerita phone kat kanan tuh dari kiri ? tak paham lah kenapa perlu di anak tirikan sedemikian rupa.


Kepoh - kepoh : Dari 3rd phone till last phone ni,aku still ada & simpan leklok,nanti-nanti bila ada cucu boleh lah wat pameran sebagai barang antik.Aku sayang sangat mereka semua sama macam aku sayang blog aku ni..haha..Aku wat entry ni tade niat tok tunjuk ketidakmampuan aku memiliki phone canggih serta awesome seperti anada semua tetapi hanyalah sebagai kenangan & santapan aku sendiri bila di usia tua nanti.Kesian terima kasih!

Jangan sesekali dicabar kesabarannya

Jangan disangka air yang tenang tiada buayanya dan jangan disangka seseorang yang nampak sabar selamanya akan bersabar.Renungkanlah !


Kenapa timbulnya sentimen-sentimen ketidaksabaran ini ?

Kekadang kita sebagai manusia sekali gus merupakan hamba Allah di muka bumi yang fana ini terlepas pandang dengan apa jua yang terjadi disekeliling kita.Pertamanya,kita selalu berfikir yang orang lain akan selalu sabar dengan kerenah kita tanpa memikirkan tindak-tanduk yang kita telah lakukan terhadap orang lain.Perkara tersebut akan berlaku jika kita tidak memahami perasaan orang lain dan hanya mengharapkan orang lain sahaja akan memahami apa yang kita rasakan.Tidak salah untuk jujur terhadap seseorang yang istimewa dalam hidup kita tetapi jika sikap kita yang sedemikian rupa seperti keserabutan yang tiada penghujungnya terhadap dua perkara yang dirasakan sukar untuk dipilih berlarutan dalam jangka masa yang agak panjang.Ia akan membuatkan insan tersebut menjadi fed up dan akan hilang kesabaran  yang kita sangkakan selamanya akan kekal dalam dirinya untuk mendengar luahan hati kita terhadap perkara yang sama sahaja.


Bagaimana pula untuk menghindari dari sentimen sedemikian berlaku ? 


Memang tidak mudah untuk senang dan tidak susah untuk senang.Caranya memang mudah untuk diperkatakan tetapi mugkin agak sukar untuk dilakukan.Cara yang pertama adalah tegas dengan pendirian & keputusan yang telah di buat.Jangan hari ini sure dengan keputusan yang anda telah ambil tetapi kesokan harinya & seterusnya anda mulai ragu-ragu semula.Itu hanya menimbulkan kemarahan second parties sahaja.Kedua,jangan sesekali berfikir yang pihak kedua tersebut itu akan memahami & setia mendengar segala keserabutan anda yang tidak sudah-sudah itu,Jangan sesekali menyalahkan pihak kedua tersebut dengan tindakan yang bakal beliau ambil kerana jika anda yang diletakan di tempat mereka,pasti anda akan bertindak sama seperti mereka & ketidaksabaran mulai menguasai diri anda.Seterusnya,lakukan solat sunat istiharah (jika ada dua perkara yang diragui terbaik untuk diri sendiri) sebelum melakukan sebarang tindakan.Ingatlah,jangan hanya memikirkan kebahagiaan kita sahaja apabila melakukan apa-apa jua.

Wednesday, June 22, 2011

masak...masak...hari-hari masak...


Ah,tetiba lak keluar tajuk begituh.Dah macam lagu meet uncle hussein aku rasa.
Ok,nak dijadikan cerita,aku kena masak mi bandung yang disuruh oleh bonda terchenta.
Patutnya de lah orang tuh janji something nan aku tapi aku dah redi sume dapat pulok text yg berbunyi begini  

"sori,gtg"
aku pon plix beserta hairan tidak dilupakan jua 
"p mana?" 

"nk p gym,bole" 
"malm ti ea" 


haha,baru 5 min before uh ajak,then sekelip mata len lak jdiknya.Itulah lumrahnya kehidupan.Bole pule tanya bole ke tak an,mstylah aku bole kan jep.Camna ea law aku kata tak,next time kita try ye kawan-kawan. 
Tapi tadelah kesah sgt,Law lah jdik mende uh,maw aku tak wat mi bandung yang mak aku suruh tuh gak.
Tapi aku tetap gak nak panas hati sebab lama gak aku dok tunggu dy text aku mengajak berbuat demikian,siap aku cancel appoinment nan my mak nak p kelas lagi.Haiya!pe pon susa loh tapi tape nan teringatkan mi bandung,cukup membuatkan aku sejuk semula..haha..  

Memandangkan my mak tade,so aku google lah resepi mi bandung,Tarrraaa dah jmpe tapi aku 
 nak modified sketlah.Mesti sedap an.Then aku pon memberitahu hakim alam (memandangkan aku tgh im nan dy) aku nak letak mi bandung uh nama dy 
Mi Bandung Bell    

Bole dy kata,nama pon taw tak sedap,jahat kan beliau! 
Aku memang tak nak memberitahu resepi mi bandung tersebut sebab aku kenalah try dulu sedap ke tak an.
Sesiapa berminat bole lah pm aku ok (ayat standard para peniaga online) haha . 

Oklah,aku tak nak layan ko wahai kimo sepet berspek.Aku pon nak the end kan entry nih nan santapan image mi bandung yang akan menjadi hasil air tangan aku,Sesiapa tak suka mi bandung tolong jangan baca entry nih ok! Amaran keras ( bg warning last-last an) haha .
Tapi yg pasal merajuk uh still blom reda,law mi bandung aku tak sedap.no malam nantilah ok.

kowang tak terliur ke?law nak buatlah sendiri ea

Wednesday, June 8, 2011

macam maw pengsan woo . . .

Actually aku belum totally sehat walafiat tapi dah merayap ke pelbagai tempat.Maklumlah siblings aku memanglah ramai  tok follow my mak shopping.Memandangkan akulah satu-satunya yang tengah dok cuti nih,so aku follow lah mak aku ke mana saja beliau pergi.Alang-alang dah sebut about siblings meyh aku btaw korang satu mende,bila siang aku de 3 orang siblings tapi bila malam de 2 orang pulak,bila siang i'm da eldest one but bila malam i'm da youngest one among our siblings,wooo . . . magic kan cakaplah yang korang tak paham =.="  Ok,back to our topic,aku memang belum sehat bebeno,haiya ! tadi memang aku sangatlah weak,mana tak nya orang sakit patutnya dok uma diam-diam.Lagipun aku dah baham pelbagai jenis ubat yang membuatkan aku dibuai mimpi tapi tengah shopping nak tido ke mende.Dahlah pergi banyak tempat,asal masuk keta aku dah lentok nyesalnya tak denga kata encik balak . Hah,dah tersebut pulok about encik balak kan ? beliau memang sangat caring & protective.Taw tak ? dalam aku tengah berpantang ni,beliau siap list kn do & don't 


Do 

  • mam ubat on time
  • rest
  • dan seterusnya....... korang pon tak berminat nak taw pon law aku btaw 
Don't 
  • mam aisykim (ni sangat mara sebab kat uma aku selalu de stok)
  • minum sebarang air yang sejuk atau terdapat ais 
  • banyak lagilah & aku pon rasa korang tak berminat nak tahu 

Nak sambung baliklah cerita kat atas tuh ea ? Arini aku  bershopping bukan pe sebab ari sabtu ni rumah aku de wat kenduri arwah atok aku yang dah lebih 40 hari pemergian arwah ke rahmatullah. Al fatihah untuk allahyarham Hj Kamaludin Abd Aziz semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.
So,my mak cam nak bg somethinglah aka souvenir tok jemputan nanti.Yaasin yang dicetak khas untuk disedekahkan atas nama arwah my atok,main souvenir tersebut tapi kitorang nak tambah lagi.That's y lah kami p merayap arini tok carik mende-mende tersebut sebagai tambahan.Finally,dah jumpa sume & kami pon decided nak balik,Aku pon cam dah nak pengsan , dalam kepala hotak niyh dah terbayang-bayang katil bagailah an tapi setibanya di rumah aku cam orang sehat lah pulak,ecxited gler nak packing souvenir bagai uh sampai habis lak tuh tapi tapi tapi kan after mende uh habislah aku pon habis jugak,tros pengsan selama 4 jam aka tdo ta seda seyh,dasat gak ubat doc tuh bg an sampai wat aku di alam kayangan sedemikian rupa.Oklah,penutup entry ni aku nak show lah kat korang sume hasil titik peluh aku & 2 orang ass aku aka siblings siang shj.De tetamu lak datang,dak trainee kapal kat tempat keja my ayah *tak tahulah pe specific name tok keja dak tuh,yg aku taw dy dak ALAM yang tgh prktikal lah.Ok,tata,doakan aku cepat sembuh,Amin.......

Tuesday, June 7, 2011

seharian bersamaMu

loser loser loser
ta suke!tapi naseb bek not bad
ok,aku orang jb tapi sgt JAKUN bler smpy jbs 
dah le aku bawak member aku ni dr pd  
tapi nasib bek dy agak tahu selok belok sket2 sbb dy pon bwu lek dr spore yg kne lalu mnde alah tuh 
agpon seb bek de mr signbod yg membantu kami 

ni lah jb sentral tersebut

ok,tuh luahan tok starting shj
actually,ktowg plan nk lepak pusat bandar jep yg merupakan mall terbesar & terhebat di jb  
ngat nak men bowling ke lepak kedai member 
tapi aku sampai-sampai kt pb uh agak pagilah jugak,member aku pon baru nak bukak kdai
so,si ilani nih ondapot decided nk tgk kung fu panda 
memandangkan pb uh merupakan mall yg terbesar & terhebat di jb
takanlah tade an cinema 

ok,sumpah tipu shj!  

so dengan pantas ktowg mek bus bandar poie lah ke cs 
then,p kt kauntr nk beli tket kungf fu panda  
nk tgk kul 11.55am pny tapi tgk jam dah kul 12.10pm
so ktowg mek lah nek session kul 12.55pm
seb bek cter dy not bad 

sementara nk tggu movie tuh start 
ktowg jalan-jalan
nak dekat sume shop si ilani nih masuk 
tapi window shj lah 
eheh

so,gtuh gini mvie uh nk start 
pangpongpangpong 
dah habis 
so,ktowg poie lah surau 
then,perot pon dah lapa

hah,di sinilah sebuah kisah bermula
ktowg telah memilih SEOUL GARDEN as destinasi tok mencekik




ah,dem ktowg tak bawak student card 
lantak lah,ktowg nk makan kat cni jugak  

ok,myk gler choice tapi dah decide tamaw tamak halobe sebab 

 
nilah sebabnya,hehe

so,ktowg mek sket2,
jdik chef sekjaplah jugak 

 



 

ni lah chef yg hebat memasak & memakan pd ary trsbot
beliau adalah 
NUR ILANI HUSNA AMIR HAMZAH 


hah,aku mkn 2 mgkok mnde alah kt atas niyh jep,yg makanan sume kowg tgk tuh
dak ilani tuh membaham sesowang :p
so,pwot dah kyg,workers kat situ pon nak nek nyampah nan ktowg sbb almost 3 hr kt dlm uh
ktowg pon blah & mula mengorak lgkah ke


gituh gini,dapat lah ktowg wt souvenir sowg sebotol perfume ok bwk balik uma masing-masing
sbb dah tuh jep bekenan

so,dah rasa lambat sgt
ktowg pon decide tok balik
ah,lepas gak rndoo kat dak lani tuh
next time nak sume de,ta best lah kowg sume tade arituh
kn lani kn?

Monday, May 30, 2011

Lukis Benda Saya

Aku memang selalu men game "Lukis Benda Saya" atau nama saintifik beliau adalah "Draw My Thing" but lately bila aku men cam harem jadah,cam owang ta penah mek pendidikan seni visual jep zmn skolah dahulu kala *budak science stream mmg mek sgt ah sbjk ni dlm spm.Game ni bole men maximum 7 owang minimum 2 owanglah.Tataw lah law de yg penah men sesowang,sendiri draw,sendiri guess,sendiri win. Cantek ah !

  




  

Tapi yang ta bestnya men game niyh,kekadang cam siot gak pangai seko-seko,owang ta rety nak lukis mule lah nk kuakn bahase yang ta best,peh peh peh,relax lah,men game ni tok fun.Sometimes lukisan yang cm hape uh lah memeriahkan keadaan,so aku nak ingat kan sspe yang men game ni,ta perlulah emotional,enjoy ok! 

Walaupun terdapat ketidakbesan men game nih tapi bagi aku dia tetap de keunikan yg tersendiri.Memandangkan game ni online,so kte men secara berjemaah dgn penduduk di muka bumi ini ^yg de fb lah tapi^ . Memang best law men game nih kita respect & support each others.Kita gak bole men game ni secara private pirate of  carribean nan family or member.Sememangnya boleh merapatkan silaturahim.