Thursday, December 1, 2011

tak semudah itu

Anda di sana, 
menggigil badan ini bila dapat panggilan 
laju degupan jantung ini bila memikirkan 
susahnya nak melupakan
tapi tiada lagi air mata untuk ditangiskan
susah juga menerima ketentuan

Anda di sana, 
terseksa jiwa ini bila ditutupi dengan gelak ketawa 
ramai sahabat berkata anda di sini tidak merasa apa-apa
terdetik di hati yang merasa
buat apa ditunjukkan pada bukan yang sepatutnya
biar diri sendiri yang tahu akan kehadiran si derita

Anda di sana,
tidak pernah mengenal erti benci oleh anda di sini
lalu sahabat berkata lagi
apa lah yang anda di sini pandang pada orang yang tiada hati
berapa kali anda di sana dah buat anda di sini begini
lalu anda di sini memikirkan sampai infiniti
namun akal bole berubah akan persepsi
tapi tidak pula dengan hati
yang tetap begini

Anda di sana, 
tercari-cari yang serupa
tanpa memandang rupa 
hanya kelakuan yang diliginkan yang sama
apabila sudah terjumpa
hati ini tetap mahukan yang disana


Anda di sana,
banyak ingin diceritakan 
tapi lidah kelu untuk mengatakan
segala-galanya tetap ketentuan tuhan 
tangan ringan untuk menghantar khidmat pesanan
tapi hati yang tidak kesampaian
memenuhi hajat yang diingikan

Anda di sana,
walaupun sebuah replika sebagai penggantinya
anda di sini sanggup menerima 
asalkan selalu bersama dan serupa

:)