Pages

Thursday, June 23, 2011

Jangan sesekali dicabar kesabarannya

Jangan disangka air yang tenang tiada buayanya dan jangan disangka seseorang yang nampak sabar selamanya akan bersabar.Renungkanlah !


Kenapa timbulnya sentimen-sentimen ketidaksabaran ini ?

Kekadang kita sebagai manusia sekali gus merupakan hamba Allah di muka bumi yang fana ini terlepas pandang dengan apa jua yang terjadi disekeliling kita.Pertamanya,kita selalu berfikir yang orang lain akan selalu sabar dengan kerenah kita tanpa memikirkan tindak-tanduk yang kita telah lakukan terhadap orang lain.Perkara tersebut akan berlaku jika kita tidak memahami perasaan orang lain dan hanya mengharapkan orang lain sahaja akan memahami apa yang kita rasakan.Tidak salah untuk jujur terhadap seseorang yang istimewa dalam hidup kita tetapi jika sikap kita yang sedemikian rupa seperti keserabutan yang tiada penghujungnya terhadap dua perkara yang dirasakan sukar untuk dipilih berlarutan dalam jangka masa yang agak panjang.Ia akan membuatkan insan tersebut menjadi fed up dan akan hilang kesabaran  yang kita sangkakan selamanya akan kekal dalam dirinya untuk mendengar luahan hati kita terhadap perkara yang sama sahaja.


Bagaimana pula untuk menghindari dari sentimen sedemikian berlaku ? 


Memang tidak mudah untuk senang dan tidak susah untuk senang.Caranya memang mudah untuk diperkatakan tetapi mugkin agak sukar untuk dilakukan.Cara yang pertama adalah tegas dengan pendirian & keputusan yang telah di buat.Jangan hari ini sure dengan keputusan yang anda telah ambil tetapi kesokan harinya & seterusnya anda mulai ragu-ragu semula.Itu hanya menimbulkan kemarahan second parties sahaja.Kedua,jangan sesekali berfikir yang pihak kedua tersebut itu akan memahami & setia mendengar segala keserabutan anda yang tidak sudah-sudah itu,Jangan sesekali menyalahkan pihak kedua tersebut dengan tindakan yang bakal beliau ambil kerana jika anda yang diletakan di tempat mereka,pasti anda akan bertindak sama seperti mereka & ketidaksabaran mulai menguasai diri anda.Seterusnya,lakukan solat sunat istiharah (jika ada dua perkara yang diragui terbaik untuk diri sendiri) sebelum melakukan sebarang tindakan.Ingatlah,jangan hanya memikirkan kebahagiaan kita sahaja apabila melakukan apa-apa jua.

2 comments: